SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PERSATUAN APNK... SEBARANG PERTANYAAN SILA SMS DI TALIAN YANG TERTERA 012 2728293
 
 Klik Aktiviti untuk melihat laporannya rumah terbuka 2012...
 
 
PENGAMBILAN AHLI BARU KEPADA YANG BERMINAT UNTUK BELAJAR
MUAY THAI
 


 
 
 
 
 




~ SELAYANG PANDANG ~

Assalamualaikum...

Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw. pernah bersabda yang mafhumnya : " Jadilah kamu ( hai hamba Allah)  bersaudara! ".
Dan dalam salah satu hadis yang lainnya pula diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Baginda s.a.w.: "Firman Allah taala: Wajib mendapatkan kasih sayang-Ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku, orang-orang yang saling menziarahi kerana-Ku, dan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana-Ku."


Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong Persatuan APNK Bersaudara.
 Semoga sokongan anda dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah dan hubungan silaturahim diantara kita.InsyaAllah....
 

PENGENALAN APNK

DEFINISI:
APNK membawa maksud:-

        A = Ayah @ Abang-abang @Adik-adik @ Anak @ Ahli @ Angkatan
        P  = Pak @ Pemancing @ Perpaduan
        N = Non @ Naga @ Nelayan @ Nasionalis@ Nahdan
        K = Klang @ Kebangsaan @ Kawasan (terdapat yang tersurat & tersirat bagi setiap
                 klausa serta pemahaman bergantung pada situasi atau lokasi)
Nama Persatuan secara rasmi hanya apabila telah di daftar kan kelak. Apa pun hala tuju tetap sama.


  

NAMA
  • Persatuan APNK telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan akan didaftarkan secara rasmi tidak lama lagi. Persatuan ini pada awalnya diasaskan oleh Abang Long Kimie (dari Klang, Selangor) bersama Abang Long Ustaz Tuah  (dari Pasir Puteh, Kelantan) di bawah naungan Ayahanda Pak Non (Simpang Tiga Kampung Pendamar, Klang).
  • Persatuan ini didukung oleh Majlis Muafakat Bersaudara.

ALAMAT
  • Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah Lot 2161-C, Jalan Haji Abdul Manan, Kampung Meru, 41050, Klang, Selangor. Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa.

TUJUAN DAN MATLAMAT
  • Melatih bakat baru dengan melakukan program-program dan kursus-kursus bimbingan kemasyarakatan, pemulihan akhlak secara berperingkat dan seumpamanya berkaitan bidang perkhidmatan sosial dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan.
  • Menyatukan bangsa melayu dibawah satu panji dalam cintakan Islam.
  • Untuk menggalakkan aktiviti persatuan sebagai aktiviti riadah dan sebagai jaringan kepada peminat sukan/hobi untuk turut serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
  • Untuk merapatkan ukhuwah persahabatan, memupuk persefahaman dan meningkatkan kerjasama ahli termasuk dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan.
  • Memupuk semangat cintakan alam semulajadi dan menjaga sumber-sumber khazanah khususnya aktiviti berkaitan kemasyarakatan.
  • Menggalakkan lagi industri kemasyarakatan khususnya dan membantu sektor pelancongan negara am nya.
  • Melatih ahli dan bergabung dalam bidang ekonomi serta asas niaga.
  • Menganjur dan menyelaras aktiviti perkhidmatan sosial serta membantu menggalakkan aktiviti pelancongan dan menjana ekonomi Negara dengan kebenaran pihak berkenaan.
  • Untuk memupuk minat dan semangat cintakan Negara dikalangan ahli semasa aktiviti dijalankan.

KEAHLIAN
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki dan perempuan yang berusia 18 tahun ke atas dan keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:
Ahli Biasa:
Ahli yang tinggal atau bekerja di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berminat dengan objektif APNK.Namun begitu ianya terbuka jua pada lain lain negeri.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa APNK untuk diluluskan. Jawatankuasa APNK boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab.
  • Tiap-tiap pemohonnya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk yuran bulanan pertama seperti yang ditentukan diterima menjadi ahli Persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.
  • Setiap permohonan yang telah diluluskan akan mendapat kad keahlian mereka dalam jangkamasa 3 bulan dari tarikh pendaftaran.

LARANGAN
  • Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang dimainkan di premis pertubuhan.
  • Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga menganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
  • Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
  • “Faedah” seperti diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

OBJEKTIF PERSATUAN
  • Meningkat, memantap dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam mendalami ilmu warisan pusaka bangsa.
  • Memartabatkan seni pusaka warisan nenek moyang khususnya pada orang Melayu.
  • Menguatkan jati diri dan menyemai semangat patriotik
  • Mengeratkan silaturahim sesama ahli tanpa mengenal pangkat dan darjat.
  • Mengembalikan nostalgia masa silam yang telah dipinggirkan dan dilupakan oleh masyarakat masa kini.

VISI PERSATUAN
  • Menjulang dan memartabatkan Persatuan bangsa Melayu.

MISI PERSATUAN
  • Melahirkan anak bangsa melayu yang mempunyai kekuatan luaran dan dalaman (rohani dan jasmani) serta menyayangi budaya Melayu.

WAWASAN
  • Melahirkan pemuda-pemudi dan bangsa Melayu yang mentauhidkan ALLAH SWT dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar.

    BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA






    REKA BENTUK LAMBANG DAN WARNA INI BERMAKSUD:


      • WARNA PUTIH PADA LAYAR BERMAKSUD KEIMANAN DAN KESETIAAN.
      • WARNA HITAM PADA LAYAR BERMAKSUD RAHSIA DAN KEIKHLASAN
      • WARNA MERAH PADA LAYAR BERMAKSUD KEHEBATAN DAN KEBERANIAN.
      • KAPAL LAYAR MEMBAWA MAKNA SATU ANGKATAN YANG SENTIASA BERSIAGA, BERSATU DI BAWAH SATU PANJI.
      • MERAH DAN PUTIH MENGHIASI LOGO BERMAKSUD WARNA RASMI PERSATUAN.


      • BULATAN BERMAKSUD SEBULAT SUARA DAN SEPAKAT.

      MOVIE PILIHAN



      MOVIE PILIHAN AKAN BERTUKAR SETIAP HARI SABTU... SELAMAT MENONTON...